turut senyum bersama

Monday 29 October 2012

babak 1

Di suatu hari yang hening seorang bapa membawa anaknya ke klinik...





nikmat mata


Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah tentu," jawab doktor.

"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Monday 22 October 2012

cucu, atuk dan peti pos


Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Iklan: Nantikan SENYUM SPONTAN di pasaran pada 1 November ini!

Friday 19 October 2012

MEMANG MELAMPAU TOK GURU NIK AZIZ, NAK MELAWAN AGONG.

Saya sungguh terkejut dan terkedu apabila mendengar bahawa Tok Guru Nik Aziz akan melawan YDPT Agong. Berita ini telah tersebar semenjak Sabtu lepas. Dan ramai orang Kelantan sudah kecoh dengan perkara ini.

Walaupun saya pada mulanya tidak mengendahkan perkara tersebut, namun, oleh kerana ianya akan berlangsung esok malam, maka sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua. Saya, secara peribadi, akan menontonnya secara langsung, samada di TV1 atau Astro Arena.

Selamat menonton pertandingan akhir antara ATM dengan Kelantan malam esok,.... ha, ha, ha.......

Tuesday 16 October 2012

sketsa senyum

Sudahkah anda tersenyum hari ini? Kalau belum cuba-cubalah baca kisah di bawah!


Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah...
Suami : Haa???


SenyuMan: Senyum punnn!

Monday 15 October 2012

Kita Perlu Senyum.

Mengapa kita perlu senyum?

1. Dapat menghilangkan stress - Kerja yang banyak sering membuatkan kita diserang stress. Cuba senyum tengok, mesti ada kurang sikit.

2. Meningkatkan sistem imun - Mengikut kajian, senyuman boleh hilangkan batuk dan selsema. Ini sudah boleh jimat, tak perlu pergi jumpa doktor selalu.

3. Menurunkan tekanan darah - Tekanan darah lebih rendah apabila kita senyum. Bagi yang ada penyakit darah rendah berhati-hati ya!

4. Awet muda - Ini memang tidak dapat dinafikan kerana apabila kita senyum, otot-otot muka juga akan bergerak. Tapi awas! Nanti ada pula yang terperasan.

5. Wajah berseri - Senyuman adalah perhiasan batin yang dapat mengindah dan menyerlahkan perhiasan zahir yang sempurna.

6. Senyum adalah ubat - Ibarat hormon endorfin yang dapat menghilangkan rasa sakit.

7. Mengubah perasaan - Jika anda terasa sakit, cubalah untuk tersenyum. Tapi awas pada mereka baru buat pembedahan di perut. Senyum sikit tiada masalah cuma jangan ketawa kerana dikhuatiri terputus benang terbuka jahitan.

8. Riang - Menceriakan suasana yang suram sebab bila kita senyum, biasanya orang sekeliling juga akan turut tersenyum.

9. Kelihatan sukses - Menampakkan keyakinan untuk berinteraksi dengan masyarakat.

10. Rasulullah SAW juga merupakan seorang yang suka senyum. Baginda memberikan senyuman kepada orang di sekeliling, termasuk juga musuhnya. Baginda juga sentiasa tersenyum dan bermanis muka ketika menyampaikan dakwah. Baginda tak pernah ketawa melainkan tersenyum. Contohilah amalan Rasulullah ini.